Jun 29, 2014

Ramadhan

Allah..
Aku rindu
Pada siapa harus aku luahkan
Perasaan ini bercampur baur
Suka duka silih berganti

Move on Ikma. MOVE ON!!!!

1st Ramadhan. I got one whatsap message. Sahur time.

Kesian my friend sorang tu..pagi pagi Ramadhan dah kecoh rumah bila mana kuali yang disangka tiada minyak diangkat dan tertumpah atas kaki ayah dia. Alahaiiii.. kesian plk kan my friend tu.. dah la dia yang panaskan minyak tu semua.. Terkilan sangat dah dia. Sampai sahur pun xlalu dah.. Pagi-pagi Ramdhan dah diuji..Sabar ya..




Jun 25, 2014

Rabak

Sakit..Perit..Pedih..
Itulah rasa rabak nya hati aku.
Andai dapat aku ubah
Hati kau dulu yang aku ubah
Supaya segalanya tak berubah.

Kalau ditanya mana lagi aku nak
Aku pilih kau! Yer kau .. dari dulu lagi
Tapi kalau dah takdir tertulis
Aku terima.

Jangan pernah mengharap kelak kau kecewa
Tak pernah aku mengharap tapi aku benci sakit begini
Bukan masa penentu 
Bukan segalanya.

Jun 5, 2014

Sape taknak kan?

Kalau cakap pasal kawen ni, sape je tak nak kawen kan. Semua orang nak punya lah. Kalau lelaki tu bagi kawen 2, 3 kali pun mesti dia nak kan. Eheh!

Taklah aku dengar lagu ni, aku rasa nak kawen sangat. Kalau aku kawen aku nak kasi lagu ni kat suami aku. Sape tak sayang suami kan? Tapi calon pun takda apetah lagi kawen. Takpela, aku suka berangan sorang sorang. HEHEHE.

Suka dengar yang di cover dari penyanyi asal. Aku selalu camtu, kalau lagu mesti nak cari yang orang cover. Buat camne, taste masing masing tak sama. Gituuuu~







Mar 13, 2014

Jangan gelabah sangat boleh?

Aku ni manusia biasa jugak tahu. Ada jugak tahap kesabaran dia.. Kau jangan gelabah sangat. Apa aku guna. Apa aku pakai.. Tak payah nak ikut. Kita ade taste sendiri sendiri. Rimas la..

Lagipun aku dilahirkan sebagai one and only daughter di dalam family aku. Seorang yang bongsu. Kau tahu tak aku rimas bila segala mala benda aku perlu dikongsi dan perlu orang nak ikut citarasa aku. Bunyinya macam selfish bukan? Aku tak biasa macam tu..aku xsuka berkongsi citarasa dan apa sahaja. Malahan aku sangat rimas macam nak sepakkkkk kau!

Kau siapa? Tolong jangan buat aku serba salah! Dont act like we are best friend. Kau tahu maksud teman pada terma aku bagaimana? Teman adalah seorang yang bersama di kala susah dan senang dan juga teman boleh menerima kekurangan dan kelebihan teman nya. Kau fikir lah! Fikir..

Aku penat bilamana semua perasaan aku terpaksa tatang.. Aku tatang bagai menatang hati aku. Bagaimana hati aku sakit kalau disakiti..macam tu lah aku tatang perasaaan kau. (or kauorang!) Maaf aku tak sempurna. Mungkin aku perlu hentikan semua ini.. mungkin aku perlu tatang hati aku lebih lagi..MUGKIN!

Feb 20, 2014

20.2

Semoga awak selamat pergi dan selamat kembali  :-)
Doakan saya jugak ya!
Doakan supaya saya sampai jugak kat sana




Jan 14, 2014

Dah lama tak rasa rindu yang macam ni.

Assalamualaikum.

Aku ni manusia biasa jugak. 
Yang ada perasaan rindu. Tapi rindu kali ni lain macam.
Satu macam jer.
Tak tahu aku nak ungkap camne. 
Bila kau luangkan masa with someone for the whole day, dan hari seterusnya kau dah tak jumpa org tu, rindu tu lah aku maksudkan. 
Tak penah-penah aku derita merindu macam ni. 
Pembetulan, bukan tak pernah tapi dah lama aku takde perasaan rindu macam ni. 
Tapi lepas jumpa dia haritu sampai sekarang aku teringat-ingat. Parah betul!

Hoi last paper esok, aku paling lambat habis paper ni. :-(

Jan 5, 2014

Am I right or not?

Assalamualaikum..

Kalau bercinta tak payah la kot kita war-warkan kebahagiaan yang ada tu. Especially di zaman pasca moden ni kan. Macam-macam bentuk boleh buat untuk pamerkan kebahagiaan tu. Lagi satu kan, kalau hubungan tu tak kemana dan terputus di tengah jalan bukankah malu nanti. Oklah,aku tahu some akan kata, eleh tu pun nak malu ke..tapi kalau aku..aku MALU! Selagi bukan jadi hak aku..aku malu. Bukankah malu itu sebahagian dari iman? tapi kan,kalau dah jadi hak tu bila-bila masa pun boleh ditarik balik kan nikmat tu. Jadi beringatlah kita ni tak selamanya di atas. Bersederhana kan lebih baik. 

Kenapa aku kata malu. Sebab Allah dah tutup aib aku elok-elok, rapat-rapat tapi aku bukak. Thats why la tak perlu nak pamerkan segala kebahagiaan yang ada. And I believe that yang kebahagiaan itu tak perlu dipamer, tapi orang tengok pun dah tahu kau bahagia atau tidak.

Secara jujur aku bukan macam sekarang. Mesti kalau kawan aku baca dorang akan kata aku poyo tulis bajet alim nih. hewhewhew~ tapi mana ade kawan aku tahu kewujudan blog ni pun..sape jer yang tahu..lainla kalau tahu bace senyap-senyap. If you read this..you know who you are~                                                      
Kenapa aku cakap camni..tulis camni.. sebab aku tahu,ada orang yang cuma pamer bahagia itu kat alam maya, realitinya dia tak bahagia..Aku tulis bukan saja-saja,tapi based on what they told me. Sape they tu? Biarlah aku jer yang tahu..yer dak?

Aku suka jer takde orang baca blog ni..tapi tu lah kadang benda yang aku tulis ni, nak jugak tahu pendapat orang .. aku ni betul ke idok? Kadang manusia ni bila tak ade orang tegor dia, mulalah rasa dia betul segalanya.. sempurna serba-serbi..pastu nanti besar kepala!