Mar 13, 2014

Jangan gelabah sangat boleh?

Aku ni manusia biasa jugak tahu. Ada jugak tahap kesabaran dia.. Kau jangan gelabah sangat. Apa aku guna. Apa aku pakai.. Tak payah nak ikut. Kita ade taste sendiri sendiri. Rimas la..

Lagipun aku dilahirkan sebagai one and only daughter di dalam family aku. Seorang yang bongsu. Kau tahu tak aku rimas bila segala mala benda aku perlu dikongsi dan perlu orang nak ikut citarasa aku. Bunyinya macam selfish bukan? Aku tak biasa macam tu..aku xsuka berkongsi citarasa dan apa sahaja. Malahan aku sangat rimas macam nak sepakkkkk kau!

Kau siapa? Tolong jangan buat aku serba salah! Dont act like we are best friend. Kau tahu maksud teman pada terma aku bagaimana? Teman adalah seorang yang bersama di kala susah dan senang dan juga teman boleh menerima kekurangan dan kelebihan teman nya. Kau fikir lah! Fikir..

Aku penat bilamana semua perasaan aku terpaksa tatang.. Aku tatang bagai menatang hati aku. Bagaimana hati aku sakit kalau disakiti..macam tu lah aku tatang perasaaan kau. (or kauorang!) Maaf aku tak sempurna. Mungkin aku perlu hentikan semua ini.. mungkin aku perlu tatang hati aku lebih lagi..MUGKIN!

Feb 20, 2014

20.2

Semoga awak selamat pergi dan selamat kembali  :-)
Doakan saya jugak ya!
Doakan supaya saya sampai jugak kat sana




Jan 14, 2014

Dah lama tak rasa rindu yang macam ni.

Assalamualaikum.

Aku ni manusia biasa jugak. 
Yang ada perasaan rindu. Tapi rindu kali ni lain macam.
Satu macam jer.
Tak tahu aku nak ungkap camne. 
Bila kau luangkan masa with someone for the whole day, dan hari seterusnya kau dah tak jumpa org tu, rindu tu lah aku maksudkan. 
Tak penah-penah aku derita merindu macam ni. 
Pembetulan, bukan tak pernah tapi dah lama aku takde perasaan rindu macam ni. 
Tapi lepas jumpa dia haritu sampai sekarang aku teringat-ingat. Parah betul!

Hoi last paper esok, aku paling lambat habis paper ni. :-(

Jan 5, 2014

Am I right or not?

Assalamualaikum..

Kalau bercinta tak payah la kot kita war-warkan kebahagiaan yang ada tu. Especially di zaman pasca moden ni kan. Macam-macam bentuk boleh buat untuk pamerkan kebahagiaan tu. Lagi satu kan, kalau hubungan tu tak kemana dan terputus di tengah jalan bukankah malu nanti. Oklah,aku tahu some akan kata, eleh tu pun nak malu ke..tapi kalau aku..aku MALU! Selagi bukan jadi hak aku..aku malu. Bukankah malu itu sebahagian dari iman? tapi kan,kalau dah jadi hak tu bila-bila masa pun boleh ditarik balik kan nikmat tu. Jadi beringatlah kita ni tak selamanya di atas. Bersederhana kan lebih baik. 

Kenapa aku kata malu. Sebab Allah dah tutup aib aku elok-elok, rapat-rapat tapi aku bukak. Thats why la tak perlu nak pamerkan segala kebahagiaan yang ada. And I believe that yang kebahagiaan itu tak perlu dipamer, tapi orang tengok pun dah tahu kau bahagia atau tidak.

Secara jujur aku bukan macam sekarang. Mesti kalau kawan aku baca dorang akan kata aku poyo tulis bajet alim nih. hewhewhew~ tapi mana ade kawan aku tahu kewujudan blog ni pun..sape jer yang tahu..lainla kalau tahu bace senyap-senyap. If you read this..you know who you are~                                                      
Kenapa aku cakap camni..tulis camni.. sebab aku tahu,ada orang yang cuma pamer bahagia itu kat alam maya, realitinya dia tak bahagia..Aku tulis bukan saja-saja,tapi based on what they told me. Sape they tu? Biarlah aku jer yang tahu..yer dak?

Aku suka jer takde orang baca blog ni..tapi tu lah kadang benda yang aku tulis ni, nak jugak tahu pendapat orang .. aku ni betul ke idok? Kadang manusia ni bila tak ade orang tegor dia, mulalah rasa dia betul segalanya.. sempurna serba-serbi..pastu nanti besar kepala! 


Dec 29, 2013

Buat wanita hiasan dunia~

Teguran buat yang bernama perempuan.
Berat untuk diluahkan. 
Tetapi, kenyataan memang memedihkan.
Teguran buat yang bernama perempuan.
Berat untuk diluahkan. 
Tetapi, kenyataan memang memedihkan.

Kata ustaz,
Jika benarlah nak ikut tepat-tepat cara Islam.
Betul-betul nak ikut garis panduan.
Betul-betul nak patuh syariah.

Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial.

Mungkin dia baik.
Mungkin dia muslimah.
Mungkin dia tiada perangai.

Tetapi dalam masa yang sama.
Maaf.
Dia juga menjadi agen-agen syaitan.
Membantu merosakkan hati yang memerhati.
Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati.
Yang menonton gambar-gambarnya.
Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika.

"Adakah rela wanita yang punya harga diri menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, menunaikan nafsu mereka dan berlazat-lazat dengan dirinya dalam apa jua cara? Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati-hati."

--
Kita sudah pun di akhir zaman.
Ustazah pun tidak dapat lagi dijadikan panduan cara berpakaian.
Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah atau tidak gambar dan posternya.

Saya faham, saya faham.
Pasti ramai tak boleh terima,

"Itu tak boleh, ini tak boleh!"
"Apa ni Islam macam ni!"
"Keras gila kot agama Islam!"
"Perempuan je kena, lelaki?!"

Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama sendiri.

Tak percaya?

Cubalah seminggu.
Privatekan semua gambar.

Rekod;
- Ada orang ganggu tak?
- Ada lelaki mengurat tak?
- Ada pujian2 liar tak?
- Hati lebih tenang atau tak?

Atau..

Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian?
Kita sendiri yang inginkan perhatian?

Letak atau tidak,
Semua atas tinggi rendah taqwa.

Taqwa anda di level berapa.
Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri anda

via : Geng Tudung Labuh





**************************************************************

Assalamualaikum.. Terkesan kat hati aku baca post ni kat fb.. Ada org post kat grup MPM. Memang dulu siap post la kan gambar tak bertudung bagai. But now, Alhamdulillah status kat fb pun aku dah tak post lama dah. Sebab aku takut apa yang aku post bakal menambah dosa aku. Cuma pic profile aku letak la muka aku nanti orang xkenal..tapi profile pic boleh private,orang xleh klik n tgk pun.. :) Tapi kat fb tu walaupun aku yang tak post gambar, akan ada jugak kawan2 aku post. Hurmmm...yang ni aku tak tahu nak elak cmne. cuma kalau pic tak bertudung aku cakapla jugak jangan post. Biarlah walaupun nak kata aku poyo. StATUS KAT TWITTER MASIH LAGI MEROYAN KADANG2. eheh! Aku belum cukup istiqamah lagi sebenarnya. Masih jahil dan banyak lagi benda aku tak ikut syariat betul2.. Doakan semoga aku istiqamah. Amin!

Dec 1, 2013

Nov 26, 2013

Faith

Susah kalau tengok cerita Korea.Jadi gila bayang kat hero! Adoiii.. Faith ni da lame..Tahun 2012..tapi aku baru nak tengok..Sebab dulu aku tak minat langsung cerita korea.

Running Man tu aku kutuk kutuk kawan aku tengok.Tapi baru ni jadi minat pulak..Dah kau apehal Ikma! Tapi aku minat Lee Min Ho sorang jer.. Kawan aku tu siap pegi konsert bagai. Kawan aku siap dapat pakwe Korea..Exchange student kat sini..Kau mampu..hahaha..



Aku suka watak Choi Young ni. Aku suka orang tak cakap banyak.sebab aku cakap banyak suka tanya macam-macam so mestilah aku suka yang kontra dengan aku..kekekeke. Dalam cerita ni memang dia payah nak senyumlah!Pastu very protective man. Perempuan mana tak suka kan. Pastu pandai berlawan pulak tu.so kau rasa selamat kat situ. Kan aku cakap,berangan tu percuma.. Yang penting Lee Min Ho tinggi. So sesuailah dengan watak pahlawan.

Maaf mood tengah gila bayang. Bukan selalu macam ni.
Ok malam ni nak tido awal. Nyte!